Assalamualaikum dan Salam 30 Syawal.
Hari ini adalah penghujung Syawal bagi tahun 2020. Syawal tahun ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini kerana kewujudan Corona virus bernama Covid-19. Tahun 2020 ini akan menjadi sejarah yang diingati oleh semua masyarakat dunia.
Selepas habis tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), diganti dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan sekarang adalah fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). Sewaktu fasa PKPP, kebanyakan agensi telah mula beroperasi seperti biasa termasuklah warga kolej komuniti.
Untuk posting hari ini sebenarnya nak cerita tentang pengalaman jadi juri untuk Program Pertandingan Kuih Raya Bengkel Keusahawanan JPKRT Zon Senai Anjuran Sejiwa Jiran Wanita KRT Taman Pancasila Senai bersama Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Ini merupakan pengalaman pertama jadi juri sewaktu musim Corona virus Covid-19 masih lagi melanda. Agak teruja kerana pengalaman ini akan menjadi coretan sejarah yang diingati untuk diri sendiri.
Kisahnya, Kak dila@Timb. Pengarah dapat jemputan dari wakil pihak KRT Senai, mereka meminta dua orang pensyarah dari kolej kami untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut. Kak Dila mencadangkan nama kak Wa dan nama aku sebab kami pernah join mengajar kursus pendek untuk pihak KRT tersebut. Tetapi atas sebab-sebab tertentu kak Wa tak dapat join dan diganti dengan KP kami iaitu kak Azi. Pihak KRT meminta kami membuat borang permarkahan untuk pertandingan tersebut berdasarkan kriteria yang telah dikongsi. Jadi, aku ditugaskan untuk menyediakan borang tersebut.
Mula-mula pening juga nak buat sebab belum pernah lagi buat pertandingan biskut raya. Kebiasaannya kami anjurkan pertandingan memasak dan pernah juga hiasan kek. Biskut raya ni agak jarang dijadikan pertandingan. Setelah tingtong sehari dua maka wujudlah borang permarkahan yang disahkan oleh diri sendiri..hehe
Pada 21 Jun 2020 bersamaan 29 Syawal, tepat pukul 9.45 pagi mengikut waktu seperti yang dinyatakan dalam surat jemputan , aku pun sampai di tempat kejadian. Kak Azi telah sampai lebih awal dan menunggu aku di bilik pameran. Sebelum masuk ke bilik tersebut, aku perlu mendaftar dan diperiksa suhu badan. Itu merupakan rutin wajib bagi norma baharu @new norm semenjak wujudnya Covid-19. Selain itu, pemakaian pelitup muka atau mask juga digalakkan bagi mencegah penyebaran virus tersebut. Setelah siap mendaftar, aku pun masuk ke bilik pameran. Aku lihat biskut raya telah pun siap bersusun dan dihias oleh peserta mengikut kreativiti masing-masing manakala para peserta pula berkumpul di bilik sebelah yang telah disediakan. Hanya aku, Kak Azi dan seorang urusetia yang berada di bilik tersebut kerana mengamalkan penjarakan sosial. Chewah !! Aku pun mengeluarkan borang permarkahan dan berbincang serba sedikit dengan Kak Azi sebelum memulakan sesi penjurian.
Terdapat 8 jenis biskut raya yang akan dinilai. Pelbagai kombinasi biskut tradisional dan moden dipamerkan. Setiap biskut disertakan dengan kad/buku resepi yang disediakan oleh peserta. Kad/buku resepi tersebut mengandungi gambar-gambar yang menunjukkan bukti penyediaan setiap biskut. Hampir satu jam aku dan kak azi membuat sesi makan-makan aka sesi penjurian.hihi. Keseluruhannya, semua peserta sangat kreatif walaupun para peserta kebanyakannya adalah golongan acik-acik. Kagum aku dengan kesumgguhan mereka.



Setelah selesai sesi penjurian, maka tibalah Majlis Penyampaian Hadiah. Majlis diadakan di bilik sebelah yang lebih besar. Setiap peserta duduk dengan jarak melebihi 1 METER dan memakai mask. Majlis nya sangat ringkas kerana pihak penganjur tidak mahu program terlalu lama disebabkan kita masih berada di fasa PKPP.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh emcee. Kemudian ketua juri aka Kak Azi memberi sedikit ulasan. Setelah itu Majlis Penyampaian Hadiah dan Cenderamata. Sewaktu penyampaian hadiah, semua penerima mengambil hadiah dengan keadaan memakai mask. So, bila ambil gambar dan kalo ada yang senyum masa tu faham-faham jela.hihihi
Macam biasa selepas tamat sesi penerimaan sijil, hadiah dan cenderamata maka ada pula sesi bergambar untuk dijadikan kenangan dan juga untuk memudahkan membuat laporan gitew. Sesi fotografi ni pun agak rare sebab semua terpaksa membuat penjarakan sosial. Sampai ke hujung pagar cik adik photographer untuk memastikan semua orang dapat dirakam gambarnya. (p/s: Nasib ada pagar, kalo tak dah masuk longkang, jadi cerita lain pulak.hihi)
Habis bergambar, maka tamatlah program. Ada seorang urusetia belanja makan durian kampung bininya. Bagi peminat durian, seronok la dapat makan free. Semua peserta dan jemputan yang datang dijamu dengan durian. Aku yang bukan peminat durian ni hanya menjadi pemerhati dan mengambil bau. ehehe. Habis jamuan makan durian, selesai la program tersebut. Short and simple.
So, apa yang aku nak kongsi disini adalah sejak kewujudan covid-19 ni, memang kita akan menjalani kehidupan yang agak berbeza atau dipanggil norma baharu. Jika dahulu, program pertandingan begini, para peserta akan membuat/memasak di hadapan juri dan penonton. Pemarkahan pun biasanya diambil kira sewaktu proses penyediaan. Namun kini, kita perlu mengubah kebiasaan dan menjadi lebih fleksibel mengikut perubahan semasa. Amalan SOP (Standard Operating Procedure) atau garis panduan Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) juga perlu menjadi habit atau budaya baru dikalangan masyarakat sehingga wabak ini dapat dikekang sepenuhnya.
Itulah sahaja serba sedikit perkongsian. Semoga dapat menjadi panduan pada masa akan datang. Sekian, assalamualaikum.
Hari ini adalah penghujung Syawal bagi tahun 2020. Syawal tahun ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini kerana kewujudan Corona virus bernama Covid-19. Tahun 2020 ini akan menjadi sejarah yang diingati oleh semua masyarakat dunia.
Selepas habis tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), diganti dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan sekarang adalah fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). Sewaktu fasa PKPP, kebanyakan agensi telah mula beroperasi seperti biasa termasuklah warga kolej komuniti.
Untuk posting hari ini sebenarnya nak cerita tentang pengalaman jadi juri untuk Program Pertandingan Kuih Raya Bengkel Keusahawanan JPKRT Zon Senai Anjuran Sejiwa Jiran Wanita KRT Taman Pancasila Senai bersama Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Ini merupakan pengalaman pertama jadi juri sewaktu musim Corona virus Covid-19 masih lagi melanda. Agak teruja kerana pengalaman ini akan menjadi coretan sejarah yang diingati untuk diri sendiri.
Kisahnya, Kak dila@Timb. Pengarah dapat jemputan dari wakil pihak KRT Senai, mereka meminta dua orang pensyarah dari kolej kami untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut. Kak Dila mencadangkan nama kak Wa dan nama aku sebab kami pernah join mengajar kursus pendek untuk pihak KRT tersebut. Tetapi atas sebab-sebab tertentu kak Wa tak dapat join dan diganti dengan KP kami iaitu kak Azi. Pihak KRT meminta kami membuat borang permarkahan untuk pertandingan tersebut berdasarkan kriteria yang telah dikongsi. Jadi, aku ditugaskan untuk menyediakan borang tersebut.
Mula-mula pening juga nak buat sebab belum pernah lagi buat pertandingan biskut raya. Kebiasaannya kami anjurkan pertandingan memasak dan pernah juga hiasan kek. Biskut raya ni agak jarang dijadikan pertandingan. Setelah tingtong sehari dua maka wujudlah borang permarkahan yang disahkan oleh diri sendiri..hehe
| CONTOH BORANG PERMARKAHAN PERTANDINGAN MEMBUAT BISKUT RAYA 2020 |
Pada 21 Jun 2020 bersamaan 29 Syawal, tepat pukul 9.45 pagi mengikut waktu seperti yang dinyatakan dalam surat jemputan , aku pun sampai di tempat kejadian. Kak Azi telah sampai lebih awal dan menunggu aku di bilik pameran. Sebelum masuk ke bilik tersebut, aku perlu mendaftar dan diperiksa suhu badan. Itu merupakan rutin wajib bagi norma baharu @new norm semenjak wujudnya Covid-19. Selain itu, pemakaian pelitup muka atau mask juga digalakkan bagi mencegah penyebaran virus tersebut. Setelah siap mendaftar, aku pun masuk ke bilik pameran. Aku lihat biskut raya telah pun siap bersusun dan dihias oleh peserta mengikut kreativiti masing-masing manakala para peserta pula berkumpul di bilik sebelah yang telah disediakan. Hanya aku, Kak Azi dan seorang urusetia yang berada di bilik tersebut kerana mengamalkan penjarakan sosial. Chewah !! Aku pun mengeluarkan borang permarkahan dan berbincang serba sedikit dengan Kak Azi sebelum memulakan sesi penjurian.
Terdapat 8 jenis biskut raya yang akan dinilai. Pelbagai kombinasi biskut tradisional dan moden dipamerkan. Setiap biskut disertakan dengan kad/buku resepi yang disediakan oleh peserta. Kad/buku resepi tersebut mengandungi gambar-gambar yang menunjukkan bukti penyediaan setiap biskut. Hampir satu jam aku dan kak azi membuat sesi makan-makan aka sesi penjurian.hihi. Keseluruhannya, semua peserta sangat kreatif walaupun para peserta kebanyakannya adalah golongan acik-acik. Kagum aku dengan kesumgguhan mereka.



![]() |
| GAMBAR-GAMBAR BISKUT RAYA YANG DIPAMERKAN |
Setelah selesai sesi penjurian, maka tibalah Majlis Penyampaian Hadiah. Majlis diadakan di bilik sebelah yang lebih besar. Setiap peserta duduk dengan jarak melebihi 1 METER dan memakai mask. Majlis nya sangat ringkas kerana pihak penganjur tidak mahu program terlalu lama disebabkan kita masih berada di fasa PKPP.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh emcee. Kemudian ketua juri aka Kak Azi memberi sedikit ulasan. Setelah itu Majlis Penyampaian Hadiah dan Cenderamata. Sewaktu penyampaian hadiah, semua penerima mengambil hadiah dengan keadaan memakai mask. So, bila ambil gambar dan kalo ada yang senyum masa tu faham-faham jela.hihihi
| SEWAKTU MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN |
![]() |
| SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI (p/s: ada nampak kami senyum? hihi) |
Habis bergambar, maka tamatlah program. Ada seorang urusetia belanja makan durian kampung bininya. Bagi peminat durian, seronok la dapat makan free. Semua peserta dan jemputan yang datang dijamu dengan durian. Aku yang bukan peminat durian ni hanya menjadi pemerhati dan mengambil bau. ehehe. Habis jamuan makan durian, selesai la program tersebut. Short and simple.
So, apa yang aku nak kongsi disini adalah sejak kewujudan covid-19 ni, memang kita akan menjalani kehidupan yang agak berbeza atau dipanggil norma baharu. Jika dahulu, program pertandingan begini, para peserta akan membuat/memasak di hadapan juri dan penonton. Pemarkahan pun biasanya diambil kira sewaktu proses penyediaan. Namun kini, kita perlu mengubah kebiasaan dan menjadi lebih fleksibel mengikut perubahan semasa. Amalan SOP (Standard Operating Procedure) atau garis panduan Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) juga perlu menjadi habit atau budaya baru dikalangan masyarakat sehingga wabak ini dapat dikekang sepenuhnya.
Itulah sahaja serba sedikit perkongsian. Semoga dapat menjadi panduan pada masa akan datang. Sekian, assalamualaikum.






Comments
Post a Comment