Skip to main content

Diari 8 minggu


Salam Ramadhan.
Hari ni nak mengimbau kisah hujung tahun 2018 dan awal tahun 2019. Ada cerita happy dan sedih yang mana banyak mengajar saya untuk menjadi lebih tabah. Semasa 27 Disember 2018, setelah membuat kira-kira waktu period dtg, rupanya dh terlewat seminggu. So apa lg, pergila beli pregnancy test kat farmasi n cek.Buat senyap2 je, en suami pun tak tau..sebab tak nak kecewa ramai-ramai almaklum la dah lama gak teringin nak tambah adik Hasif, tapi belum diberi rezeki. Cek2 nmpk double line. Ok, rasa nak menangis semua ada tapi bajet cool je.pastu pikir2 gak nk bgtau en suami ke nk hold dulu.sbb baru sgt.Lgpun dia tgh keje,tapi las2 cerita gak kt en suami dkt whatsapp, tp kecewa ckit dengan reaksi dia sbb dia pun buat2 cool. pastu dia pun ckp kot tersilap tgok seolah2 tak nak bg harapan kat isteri dia yg comel ni.haha. Pastu bila dia balik rumah pun dia buat2 mcm biasa je. mlm tu pun kitaorang (orang johor sgt) nk gerak g kl sbb ada famili day. Time family day pun buat2 cool..tp biasa la sy yg excited, las2 tercerita jgk dkt my mom.hihi.Pas Family Day, kitaorg jalankan kehidupan seharian seperti biasa. Detik 31 Disember, tiba2 rasa nak double check kot tersilap test haritu. So pegi la beli lg secara senyap2. Bila cek, alhamdulillah mmg positif. Bukti di gambar bawah. hihi

Bukti kehadiran adik Hasif
So, barulah nampak en suami start excited n caya. siap buat kira-kira lagi ble due date adik baby lahir. Ni ummi nya la yg kira.haha. Lepas seminggu, dah start rasa letih lain mcm plus sakit tekak n nk demam. Maybe sebab kebetulan kelas memasak dah start. Kelas kalo buat dkt bengkel 2 aka Hot Kitchen aka The Hell of Kitchen, faham2 jela. orang yg sihat pun mmg boleh down sbb tahap kepanasan dapur tu yg mmg tak leh dibawa bincang. Lepas tu selang beberapa hari, start sakit mata pulak.maybe panas dalam. time tu sabtu, so esok patutnya keje. tp sebab mata sakit, ajak en suami g klinik utk cek mata n alang2 g scan adik baby. Time ni la 1st time dpt tau kewujudan fibroid. Rupanya saiz fibroid tu agak besar, doc pun terkejut sbb septtnya boleh dikesan lbh awl kalo dilihat dr segi saiz. Ada beberapa faktor yg menyebabkn fibroid tu membesar dgn jayanya. Faktor utama adalah disebabkn hormon estrogen dan progesteron yg tgh meningkat disebabkan pregnant. So, doc klinik tu pun buat surat utk refer doc pakar di hospital kpj pasir gudang utk check up dan treatment lebih lanjut. Masa ni mmg speechless sbb tak pernah sangka akan diuji sewaktu pregnant anak kedua ni. Lepas tu bermula la episod baru ulang alik hospital utk pemeriksaan fibroid ketika hamil (fibroid in pregnancy). Tp skjp je episod ini, sbb adik hasif ni hanya sempat hadir dlm rahim ummi utk 8 minggu. Setakat ini sahaja dulu coretan diari 8 minggu. InsyaAllah akan disambung dlm kisah seterusnya. Sekian, Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

BLUEBERRY CHEESE TART VERSI MALAYSIA

Assalamualaikum dan Hai semua!  Kali ni nak share resepi Blueberry Cheese Tart yang konfem sedap. InsyaAllah. 😋 Resepi ni dapat dari kawan mak long saya masa awal-awal mula posting di Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam tahun 2011. Masa tu cheese tart baru nak up, belum wujud lagi cheese tart montok, cheese tart magnum dan cheese tart viral lain yang sewaktu dengan nya.  Resepi ini agak special dari resepi cheese tart yang lain kerana doh shell tartnya. Kebanyakan resepi yang saya jumpa hanya menggunakan bahan asas untuk membuat doh kulit shell tart iaitu tepung gandum, gula, butter dan telur. Untuk resepi ini, terdapat penambahan tepung jagung yang membuatkan kulit shell nya rapuh rangup gitew. So apa tunggu lagi, meh cuba resepi ini. Bismillahirahmanirrahim.. BLUEBERRY CHEESE TART Doh Kulit pastry (shell) Bahan-bahan: 250g butter 125g gula icing 40g tepung jagung 400g tepung gandum 1 biji telur 1 tsp essen vanilla Cara-cara: 1. Putar butter dengan gula icing hing...

MUKADIMAH TENTANG SS STORY

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan 2019. Hari ni adalah hari yang ke-18 Ramadhan bagi tahun 2019. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ni. Actually dah lama nak buat blog sendiri, tapi asyik malas je nk start.Rasa dulu pernah ada tapi tah mana tah blog tu.hahaha. So sebenarnya tahun ni, tiba-tiba angin kerajinan datang disebabkan azam 2019 adalah nak banyakkan membaca buku pelbagai genre. Bila dah baca-baca tu, (padahal novel melayu je yg byk dibaca nya setakat ni), maka semangat pun berkobar-kobar nak menulis.so rasa channel yang paling cepat dan mudah untuk memulakan perkongsian ini adalah dengan menulis blog. Maka tercetus la blog ini, SS STORY. Walaupun tulis blog adalah medium yang dah lapuk, tapi peduli apa akak kan.hahaha. Yang penting harapnya blog ini menjadi permulaan untuk lebih rajin membaca, menulis dan berkongsi ilmu yang sedikit ni. Mana tau, akan datang dapat terbitkan buku sendiri. Terima kasih untuk pembaca yang sudi singgah blog ini (kalo ada l...