Skip to main content

Posts

RENDANG DAGING TOK MI

Assalamualaikum. Harini nak share resepi rendang pulak, nak dekat raya Haji kan. Resepi rendang ada pelbagai versi dan ini adalah resepi warisan dari ibu kesayangan saya. Memang favourite, setiap kali raya, wajib ada hidangan ni. Orang Johor kan, menu biasa ketupat/nasi himpit, rendang daging, ayam masak merah atau masak kicap, sayur lodeh, sambal kacang dan kalo orang jawa akan ada sayur jawa goreng. Tula antara menu wajib orang Johor. Setakat ni belum pernah bosan lagi.hihi. Kalo compare negeri-negeri lain. menu nya selalu bertukar bila time hari raya especially negeri-negeri belah pantai timur. Itulah keunikan hidangan masing-masing ikut negeri. So, sape berminat nak cuba, meh cuba resepi ini. InsyaAllah sedap. yang penting mula dengan BISMILLAH dan masak dari hati.  (p/s: Gambar rendang takde pulak.Next time kalo teringat kita update ye gambar hidangan nya) RENDANG DAGING TOK MI BAHAN-BAHAN : Daging (potong kecil) Bawang merah Bawang putih Halia Serai Daun kunyit (hiris) Daun l...
Recent posts

BLUEBERRY CHEESE TART VERSI MALAYSIA

Assalamualaikum dan Hai semua!  Kali ni nak share resepi Blueberry Cheese Tart yang konfem sedap. InsyaAllah. 😋 Resepi ni dapat dari kawan mak long saya masa awal-awal mula posting di Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam tahun 2011. Masa tu cheese tart baru nak up, belum wujud lagi cheese tart montok, cheese tart magnum dan cheese tart viral lain yang sewaktu dengan nya.  Resepi ini agak special dari resepi cheese tart yang lain kerana doh shell tartnya. Kebanyakan resepi yang saya jumpa hanya menggunakan bahan asas untuk membuat doh kulit shell tart iaitu tepung gandum, gula, butter dan telur. Untuk resepi ini, terdapat penambahan tepung jagung yang membuatkan kulit shell nya rapuh rangup gitew. So apa tunggu lagi, meh cuba resepi ini. Bismillahirahmanirrahim.. BLUEBERRY CHEESE TART Doh Kulit pastry (shell) Bahan-bahan: 250g butter 125g gula icing 40g tepung jagung 400g tepung gandum 1 biji telur 1 tsp essen vanilla Cara-cara: 1. Putar butter dengan gula icing hing...

PENGALAMAN JADI JURI UNTUK PERTANDINGAN MEMBUAT BISKUT RAYA SEWAKTU TEMPOH PKPP 2020

Assalamualaikum dan Salam 30 Syawal. Hari ini adalah penghujung Syawal bagi tahun 2020. Syawal tahun ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini kerana kewujudan Corona virus bernama Covid-19. Tahun 2020 ini akan menjadi sejarah yang diingati oleh semua masyarakat dunia. Selepas habis tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), diganti dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan sekarang adalah fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). Sewaktu fasa PKPP, kebanyakan agensi telah mula beroperasi seperti biasa termasuklah warga kolej komuniti. Untuk posting hari ini sebenarnya nak cerita tentang pengalaman jadi juri untuk Program Pertandingan Kuih Raya Bengkel Keusahawanan JPKRT Zon Senai Anjuran Sejiwa Jiran Wanita KRT Taman Pancasila Senai bersama Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Ini merupakan pengalaman pertama jadi juri sewaktu musim Corona virus Covid-19 masih lagi melanda. Agak teruja kerana pengalaman ini akan menjadi coretan sejarah yang diingati un...

MUKADIMAH TENTANG SS STORY

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan 2019. Hari ni adalah hari yang ke-18 Ramadhan bagi tahun 2019. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ni. Actually dah lama nak buat blog sendiri, tapi asyik malas je nk start.Rasa dulu pernah ada tapi tah mana tah blog tu.hahaha. So sebenarnya tahun ni, tiba-tiba angin kerajinan datang disebabkan azam 2019 adalah nak banyakkan membaca buku pelbagai genre. Bila dah baca-baca tu, (padahal novel melayu je yg byk dibaca nya setakat ni), maka semangat pun berkobar-kobar nak menulis.so rasa channel yang paling cepat dan mudah untuk memulakan perkongsian ini adalah dengan menulis blog. Maka tercetus la blog ini, SS STORY. Walaupun tulis blog adalah medium yang dah lapuk, tapi peduli apa akak kan.hahaha. Yang penting harapnya blog ini menjadi permulaan untuk lebih rajin membaca, menulis dan berkongsi ilmu yang sedikit ni. Mana tau, akan datang dapat terbitkan buku sendiri. Terima kasih untuk pembaca yang sudi singgah blog ini (kalo ada l...

Diari 8 minggu

Salam Ramadhan. Hari ni nak mengimbau kisah hujung tahun 2018 dan awal tahun 2019. Ada cerita happy dan sedih yang mana banyak mengajar saya untuk menjadi lebih tabah. Semasa 27 Disember 2018, setelah membuat kira-kira waktu period dtg, rupanya dh terlewat seminggu. So apa lg, pergila beli pregnancy test kat farmasi n cek.Buat senyap2 je, en suami pun tak tau..sebab tak nak kecewa ramai-ramai almaklum la dah lama gak teringin nak tambah adik Hasif, tapi belum diberi rezeki. Cek2 nmpk double line. Ok, rasa nak menangis semua ada tapi bajet cool je.pastu pikir2 gak nk bgtau en suami ke nk hold dulu.sbb baru sgt.Lgpun dia tgh keje,tapi las2 cerita gak kt en suami dkt whatsapp, tp kecewa ckit dengan reaksi dia sbb dia pun buat2 cool. pastu dia pun ckp kot tersilap tgok seolah2 tak nak bg harapan kat isteri dia yg comel ni.haha. Pastu bila dia balik rumah pun dia buat2 mcm biasa je. mlm tu pun kitaorang (orang johor sgt) nk gerak g kl sbb ada famili day. Time family day pun buat2 cool..tp...