Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

BLUEBERRY CHEESE TART VERSI MALAYSIA

Assalamualaikum dan Hai semua!  Kali ni nak share resepi Blueberry Cheese Tart yang konfem sedap. InsyaAllah. 😋 Resepi ni dapat dari kawan mak long saya masa awal-awal mula posting di Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam tahun 2011. Masa tu cheese tart baru nak up, belum wujud lagi cheese tart montok, cheese tart magnum dan cheese tart viral lain yang sewaktu dengan nya.  Resepi ini agak special dari resepi cheese tart yang lain kerana doh shell tartnya. Kebanyakan resepi yang saya jumpa hanya menggunakan bahan asas untuk membuat doh kulit shell tart iaitu tepung gandum, gula, butter dan telur. Untuk resepi ini, terdapat penambahan tepung jagung yang membuatkan kulit shell nya rapuh rangup gitew. So apa tunggu lagi, meh cuba resepi ini. Bismillahirahmanirrahim.. BLUEBERRY CHEESE TART Doh Kulit pastry (shell) Bahan-bahan: 250g butter 125g gula icing 40g tepung jagung 400g tepung gandum 1 biji telur 1 tsp essen vanilla Cara-cara: 1. Putar butter dengan gula icing hing...

PENGALAMAN JADI JURI UNTUK PERTANDINGAN MEMBUAT BISKUT RAYA SEWAKTU TEMPOH PKPP 2020

Assalamualaikum dan Salam 30 Syawal. Hari ini adalah penghujung Syawal bagi tahun 2020. Syawal tahun ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini kerana kewujudan Corona virus bernama Covid-19. Tahun 2020 ini akan menjadi sejarah yang diingati oleh semua masyarakat dunia. Selepas habis tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), diganti dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan sekarang adalah fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). Sewaktu fasa PKPP, kebanyakan agensi telah mula beroperasi seperti biasa termasuklah warga kolej komuniti. Untuk posting hari ini sebenarnya nak cerita tentang pengalaman jadi juri untuk Program Pertandingan Kuih Raya Bengkel Keusahawanan JPKRT Zon Senai Anjuran Sejiwa Jiran Wanita KRT Taman Pancasila Senai bersama Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Ini merupakan pengalaman pertama jadi juri sewaktu musim Corona virus Covid-19 masih lagi melanda. Agak teruja kerana pengalaman ini akan menjadi coretan sejarah yang diingati un...