BLUEBERRY CHEESE
TART
Doh Kulit pastry (shell)
Bahan-bahan:
250g butter
125g gula icing
40g tepung jagung
400g tepung gandum
1 biji telur
1 tsp essen vanilla
Cara-cara:
1. Putar butter dengan gula icing hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2. Masukkan telur, putar hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Putar sekejap saja.
4. Gunakan tangan untuk menggaul dan menguli adunan.
5. Tekankan ke dalam acuan tart. Cucuk dasar acuan dengan garfu supaya udara
boleh keluar semasa proses pembakaran.
6. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 20-25 minit atau hingga kekuningan..
Filling-blueberry
cheese
Bahan
250g Philadelphia Cream Cheese
50g gula caster
20g butter
1 biji telur
*blueberry fruit filling
Cara:
1. Pukul cream cheese, gula, dan butter hingga kembang. Masukkan telur dan
pukul sehingga kembang.
2. Letakkan sedikit blueberry di dasar pastry. Pipingkan adunan cream cheese sehingga
penuh pastry tadi. Corakkan cheese tart di atasnya. (Untuk corak, ambil sedikit campuran cream cheese dan letak warna yang disukai. Guna campuran cheese berwarna untuk corak atas cheesetart)
3. Bakar selama 10 minit (suhu 180 darjah)
SELAMAT MENCUBA =)

Comments
Post a Comment